Friday, September 13, 2013

Bangkit

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit

Dengan nama yang Maha Esa
Maafkan aku aku terlena
Mata buka tapi aku leka
Sekarang kita sedia pasang deria kita lebih peka

(Petikan lagu Bangkit daripada DJ Fuzz & Altimet)

Walaupun ringkas, tapi penuh makna....dalam tersurat, ade yang tersirat.....

Assalamualaikum,

Lama dah tak jenguk blog nie...nak tetapkan hati untuk terus menulis blog, memang tak lah kan...HAHA..haruslah ade berlubang-lubang blog ni lantaran sikap malas bertimbun-timbun lalu menjadikan diri sibuk dan tak berupaya mengarang panjang-panjang lantas menjadikan otak dan minda tak berupaya mengingat apa yang perlu dikongsi pada sahabat luar dan apa yang tidak perlu...paham..?hahaha...

Apa yang pasti, selepas 3 tahun kebelakangan ini, aku lega....aku mampu bangkit tanpa bayangan dan kenangan masa remaja.. (telah meningkat usia kah aku..?) di kala unur menjangkau angka 6 pada digit yang kedua, aku rasa aku patut fikirkan sesuatu yang lebih matang....hahaha...!!confirm bukan aku yang tulis nie....perangai masih tak matang....ade hati mahu fikir dan bercakap tentang kematangan...hikhikhik...

(boleh skip karangan di atas kalau anda rasa aku da melalut)

Sesungguhnya, Nabi pernah bersabda :

“Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah.” (Riwayat Muslim).

Dan bagi aku, 3 tahun ini cukup mengubati aku tentang kisah dan perjalanan itu sepanjang degree aku....kalau diingat balik, memang hati akan sakit...kerapkali bertanya kenapa..?kenapa..?dan kenapa..?tapi sekarang, da tak kisah da ape yang da jadi.....sebab aku da buat keputusan ni.....semoga semua orang akan lega dengan ini...kenapa aku tiba-tiba teringat ye tentang perjalanan itu....HAHA...sebab aku telah ternampak satu benda yang telah berpenghujung....satu perkara yang aku kira adalah penamat bagi semuanya....penamat bagi segala perjuangan yang telah aku pertaruhkan dan korbankan....

Aku kira, tiada apa yang perlu diungkap kembali tentang perjuangan itu.....bahagia telah dijumpai....Alhamdulillah.....dan tahniah atas kemenangan ini.....Allah adalah sebaik-baik perancang......syukur pada-Mu Ya Rabb....

Sekolah Rendah Agama Bukit Kerayong upload this to #facebook..!!hahahaha...clische....!!!legend...!





No comments:

Post a Comment