Tuesday, July 2, 2013

Umpama mimpi dalam mimpi

Kadang-kadang macam tak percaya....tapi aku redha.....dan kadang-kadang seperti terasa beliau masih lagi bersama-sama dalam kehidupan aku.....tapi aku yakin, Allah lebih menyayangi dirinya....8 bulan 18 hari cukup mengajar aku erti sebuah kehilangan.....air mata yang menjadi makanan dikala rindu pada kehadiran seorang ayah....tiada ungkapan mampu diucap, hanya pada Allah S.W.T tempat mengadu suka dan duka, tawa dan hiba.....

Ayah....

Semoga ayah sentiasa aman dan tenang bersemadi di dunia sana...
Doa kami sentiasa menemani ayah, In Sha Allah....

Al-Fatihah
Hj Mohd Hidayat Bin Hj Mohd Hassan
25 November 1963 - 14 Oktober 2012

*inilah entri dua hari selepas ayah menemui Penciptanya......dan bermula dari itulah diri aku tak mampu nak meneruskan entri ini.....speechless....clueless....

p/s aku rasa ini sahaja aku mampu katakan pasal kehilangan ini.....

No comments:

Post a Comment