Monday, September 23, 2013

Buntu

Lama aku pandang skrin komputer depan mata ni...

Otak ligat berfikir, tapi tangan tak bergerak langsung, mata tak berkedip sedikit pun...

Mana satu harus dibuat dahulu......
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Buntu.
.
.
.
.
.
.
.
.
Padahal banyak je kerja lagi perlu diselesaikan.....

Tapi tumpuan hilang dikala tujahan kerja secara tiba-tiba.....

Lalu buat aku kembali berfikir.....

Mana satu harus dibuat dahulu......

Otak ligat berfikir, tapi tangan tak bergerak langsung, mata tak berkedip sedikit pun...

Lama aku pandang skrin komputer depan mata ni...
.
.
.
.
.
.
.
Buntu.

Friday, September 13, 2013

Bangkit

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit

Dengan nama yang Maha Esa
Maafkan aku aku terlena
Mata buka tapi aku leka
Sekarang kita sedia pasang deria kita lebih peka

(Petikan lagu Bangkit daripada DJ Fuzz & Altimet)

Walaupun ringkas, tapi penuh makna....dalam tersurat, ade yang tersirat.....

Assalamualaikum,

Lama dah tak jenguk blog nie...nak tetapkan hati untuk terus menulis blog, memang tak lah kan...HAHA..haruslah ade berlubang-lubang blog ni lantaran sikap malas bertimbun-timbun lalu menjadikan diri sibuk dan tak berupaya mengarang panjang-panjang lantas menjadikan otak dan minda tak berupaya mengingat apa yang perlu dikongsi pada sahabat luar dan apa yang tidak perlu...paham..?hahaha...

Apa yang pasti, selepas 3 tahun kebelakangan ini, aku lega....aku mampu bangkit tanpa bayangan dan kenangan masa remaja.. (telah meningkat usia kah aku..?) di kala unur menjangkau angka 6 pada digit yang kedua, aku rasa aku patut fikirkan sesuatu yang lebih matang....hahaha...!!confirm bukan aku yang tulis nie....perangai masih tak matang....ade hati mahu fikir dan bercakap tentang kematangan...hikhikhik...

(boleh skip karangan di atas kalau anda rasa aku da melalut)

Sesungguhnya, Nabi pernah bersabda :

“Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah.” (Riwayat Muslim).

Dan bagi aku, 3 tahun ini cukup mengubati aku tentang kisah dan perjalanan itu sepanjang degree aku....kalau diingat balik, memang hati akan sakit...kerapkali bertanya kenapa..?kenapa..?dan kenapa..?tapi sekarang, da tak kisah da ape yang da jadi.....sebab aku da buat keputusan ni.....semoga semua orang akan lega dengan ini...kenapa aku tiba-tiba teringat ye tentang perjalanan itu....HAHA...sebab aku telah ternampak satu benda yang telah berpenghujung....satu perkara yang aku kira adalah penamat bagi semuanya....penamat bagi segala perjuangan yang telah aku pertaruhkan dan korbankan....

Aku kira, tiada apa yang perlu diungkap kembali tentang perjuangan itu.....bahagia telah dijumpai....Alhamdulillah.....dan tahniah atas kemenangan ini.....Allah adalah sebaik-baik perancang......syukur pada-Mu Ya Rabb....

Sekolah Rendah Agama Bukit Kerayong upload this to #facebook..!!hahahaha...clische....!!!legend...!





Wednesday, July 17, 2013

Cool T-Shirt

Assalamualaikum...

Al-kisah......one of my friend baru je bukak business jual T-shirt ni haaa....die pon mintak la aku ni promotekan business baru nie...so, amik kesempatan ni, post la kat blog saya yang da tak berapa nak ade pengunjung dan pembaca nye....huhuhu...it's ok nurul....kita membantu sahaja bukan gitu..?

By the way, lepas tengok blog die kat http://crazyteedesign.blogspot.com/ boleh tahan jugak la design-design t-shirt si Yana nie....ade-ade sahaja idea die nie...macam spongebob pon ade...ade jugak yang bersifat makanan...haisshhh...dah la bulan puasa, lagi dihidangkan dengan design t-shirt berbentuk makanan...lapar terus...hahaha...

Astaghfirullah Al Azim.....

Hehehehe.....so, sesapa yang berminat untuk mendapatkan t-shirt kawan saya nie, boleh direct contact dengan Mr. and Mrs. Deedit ni....

Terms of Order kalau nak beli t-shirt nie, boleh rujuk bawah nie....

--------------------------------------------------------------------------------------------

Orders

*Order closes every Wednesday. 

*Payments can be made into Maybank acc. Full banking details will be given upon confirmation of orders. 

*Payments should be completed in full amount. No partial payments will be entertained. 

*Items ordered will be sent via Poslaju and will arrived within 10 days. No COD. 

*WhatsApp, SMS 012-2426066 (Mr Deedit) or 012-3017567 (Mrs Deedit) *Email crazyteedesign@gmail.com

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nak tengok design-design baju diorang nie..?jom usha sikit kat bawah nie..lain-lain boleh tengok kat blog diorang k.......segala comment boleh jugak dilontarkan untuk penambahbaikan di masa akan datang.....weee..!!!








tengok nie...!!!macam spongebob kann...????


Kepada peminat setia The Blues, mereka akan datang Malaysia bukan...??so, boleh la order t-shirt ni haaa.....amboiii...kemain The Blues.....Yana..!!!bukan kita peminat Man U ke..???hahahaha

lapaaaaaarrrrrrrrrrrrrr....

Ramadham Kareem

Assalamualaikum w.b.t

Di kesempatan ini, walaupun telah kelewatan 7 hari tapi tetap jugak nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia, pada yang mengenali saya terutamanya...Maaf andai ada terkasar bahasa, terlanjur perbuatan dan tersakit hati sepanjang kita kenal....semoga Ramadhan kita diterima dan sentiasa dilindungi Allah s.w.t

Ramadhan kali ni tanpa ayah di sisi...tak perlu bercerita panjang lebar bukan..?pasti semua tahu bagaimana rasanya melalui hari-hari penting tanpa yang tersayang.....

Paling ketara kalau berbuka kat rumah nenek belah arwah ayah yang mana dalah acara wajib bagi kami setiap hari ahad.....dan solat maghrib secara berjemaah....memang tak dapat menahan air mata....rindu arwah sangat-sangat....macam boleh terasa arwah ada sama waktu solat maghrib berjemaah......

Al-Fatihah untuk arwah ayah....


Tuesday, July 2, 2013

Umpama mimpi dalam mimpi

Kadang-kadang macam tak percaya....tapi aku redha.....dan kadang-kadang seperti terasa beliau masih lagi bersama-sama dalam kehidupan aku.....tapi aku yakin, Allah lebih menyayangi dirinya....8 bulan 18 hari cukup mengajar aku erti sebuah kehilangan.....air mata yang menjadi makanan dikala rindu pada kehadiran seorang ayah....tiada ungkapan mampu diucap, hanya pada Allah S.W.T tempat mengadu suka dan duka, tawa dan hiba.....

Ayah....

Semoga ayah sentiasa aman dan tenang bersemadi di dunia sana...
Doa kami sentiasa menemani ayah, In Sha Allah....

Al-Fatihah
Hj Mohd Hidayat Bin Hj Mohd Hassan
25 November 1963 - 14 Oktober 2012

*inilah entri dua hari selepas ayah menemui Penciptanya......dan bermula dari itulah diri aku tak mampu nak meneruskan entri ini.....speechless....clueless....

p/s aku rasa ini sahaja aku mampu katakan pasal kehilangan ini.....

Monday, April 22, 2013

Kehilangan

Immediately posted this entry sebab takot lupa...kahkahkah....salah satu lagu yang sedap didengar muziknya... *lirik takde kene-mengena dengan sesiapa esp yang tersayang* ....cum my current playlist....heard during my cousin's wedding yesterday....another cousin sang this song.....


Lirik Lagu Kehilangan – Firman [OST Mesej Terakhir]

Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku

Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

*
Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Reff:
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Takkan ku sia-siakan kamu lagi

Back to *, Reff:

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila

Takkan ku sia-siakan kamu lagi.. (2x)


Thanks to 
http://anizyn.blogspot.com/2011/03/lirik-lagu-kehilangan-firman-ost-mesej.html

p/s : saya ni bukan peminat tegar music.....dan hanya sesetengah music yang sedap didengar sahaja akan saya layan...that's why la lagu-lagu terkini pon saya tak kenal....bahahahaha

Friday, January 11, 2013

Itu Saya

Assalamualaikum...selamat tahun baru 2013....semoga tahun baru nie, kita sentiasa dirahmati Allah, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik untuk menjalani kehidupan seharian sebagai hambaNya....

Telah terbaca sesuatu dekat facebook...biasalah...kawan-kawan share kat facebook....sungguh lucu sebab memang tepat kene kat hidung lah...huhuhu....tapi ade betul nya jugak lah...sebab sama je dengan diri aku sendiri....hehehe....

Kalau sesapa yang terbaca, and kebetulan kene kat diri sendiri....sure gelak golek-golek....aku la tu...hahaha....tapi, nak tujukan ni kat kesayangan saya lah....hehehe....

Dear En. Kekasih,

Kisah dan Perangai Anak Kedua

ANAK MANJA EMAK ♥
sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. ^_^

ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata.
semua dia aje yg betul.dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg KETEGAQ.
kemahuan dia kuat.kalau buat sesuatu sungguh-sungguh.
kalau tak nak tu, tak nak lah
jawabnya, boleh dipujuk tapi
selalunya tak berapa jalan.

TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak
pandai pujuk makwe or pakwe dia. (ciannn)

BERCINTA
dia kalau bercinta, sangat setia.sanggup berkorban. :D

HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang.kalau
hitam, hitam lah kalau putih, putih lah.degil tak boleh toleransi.

HATI
Anak no 2 ni juga nampak aje keras hati tapi hati dia lembut.SATU lagi pe'el dia.dia tak boleh ditegur.

BERDIKARI
Very independent.memang betul tapi kalau terlebih
independent pun payah.mudah bergaul.very take care.

ARAHAN
Anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan.dia lebih suka buat hal sendiri.
pendek kata tak boleh kerja ngan orang.

PEMAAF & CARING
tidak dinafikan anak no 2 ni pun
pemaaf dan caring.
TAPI awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah.

PAKAIAN
Nak semua up to date.semua nak kemas.

Hehehe....same tak...?

Tapi tak semua pon same dengan diri aku....tu pasal benda-benda macam nie tak boleh nak percaya sangat...ye dok..?hahaha.....

Pernyataan di atas adalah copy paste semata-mata......tiada editing ok...